SEJARAH SEKOLAH LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKOLAH Sekolah kebangsaan Bukit China yang masih tersergam indah hingga ke hari ini telah menjangkau usia 80 tahun. Sekolah ini telah didirikan pada 2 Januari 1929 oleh Kerajaan British yang menakluki Melaka pada masa itu dengan tujuan memberi pendidikan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak Melayu di Kampung Bukit China dan kawasan sekitarnya. Menurut Tuan Hj Hashim bin Datuk Demang Haji Abd Ghani, Sekolah Kebangsaan Bukit China telah diusahakan penubuhannya oleh ayah beliau sendiri iaitu Datuk Demang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Manan JP. yang pada ketika itu menjadi Demang Durian Daun. “ Sekolah asalnya terpaksa ditutup kerana muridnya telah bertambah ramai, “ jelas beliau lagi. Menurut Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Haji Mohamad pula, Serkolah Kebangsaan Bukit China sekarang adalah berasal cantuman dua buah sekolah. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Melayu(Agama) Bukit China yang terletak di Lorong Bukit China dan Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama.“ Guru Besar Sekolah Melayu(Agama) Lorong Bukit China pula pada masa itu ialah Allahyarham Cikgu Abdullah yang menjadi Imam Surau Bukit China dan Guru Besar Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama pula ialah Allahyarham Cikgu Othman yang juga menjadi Imam masjid Pengkalan Rama, jelas Allahyarham Tuan Haji Hassan.
Kesahihan cerita sejarah ini telah diakui oleh orang-orang tua Kampung Bukit China. BANGUNAN SEKOLAH Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit China yang didirikan pada tahun 1929, pada awalnya berbentuk “U” . Bangunan ini separuh batu dan separuh kayu. Atapnya diperbuat daripada genting. Bahagian bawagh bangunan ini tidak berkepung. Papan hadang digunakan untuk memisahkan antara satu darjah dengan saatu darjah yang lain. Kelengkapan bilik darjah terdiri daripada papan hitam berkaki, sebuah almari, meja guru kerusi guru,meja panjang murid dan bangku panjang murid yang boleh diduduki oleh dua orang murid. Pada masa itu tidak ada pejabat pentadbiran dan bilik Guru Besar. Bersama-sama dengan bangunan ini didirikan juga 4 buah rumah guru. Pada 14 Mac 1964, sekolah ini mendapat bangunan tambahan dua bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Encik Abd Ghafar bin Baba yang pada ketika itu menjadi Ketua Menteri Melaka. Pada awal tahun 1977, sekolah ini mendapat tambahan sebuah bangunan baru berharga RM170 000.00. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 November 1977 oleh Datuk Setia Haji Abdul Ghani bin Ali yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka. KAWASAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Bukit China terletak di kawasan seluas 4 ac. Ir. 24.3 2.p. Tanah ini asalnya milik Demang Haji Abd Ghani bin Haji Abdul Manan, JP. Selain dari bangunan berbentuk “U” dan rumah guru yang didirikan di kawasan sekolah ini pada awalnya, terdapat juga sebuah padang permainan dan kebun pertanian untuk kegunaan murid –murid sekolah pada ketika itu. Pada tahun 1958, sebahagian padang sekolah ini telah diambil oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk diriikan Asrama Murid Lelaki Sekolah Menengah. Bangunan asrama ini telah dirobohkan pada akhir tahun 1982 bagi tujuan membina semula padang untuk murid–murid sekolah ini. Pada tahun 1988, padang sekolah ini telah siap dibina. MURID – MURID Ketika Sekolah Kebangsaan Bukit China mula beroperasi pada tahun 1929, bilangan muridnya seramai 100 orang. Namun begitu tambahan murid telah berlaku pada setiap tahun kerana kesedaran ibu bapa terhadap perlunya pendidikan kemahiran membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak mereka. Pada tahun 1966, jumlah murid sekolah ini meningkat kepada 700 orang, Selepas itu jumlah ini semakin menurun lantaran berlaku pembangunan dan bilangan sekolah bertambah. Pencapaian murid sekolah ini hingga ke darjah 6 sahaja pada tahun 1929. Manakala pada 1955 murid-murid diberi peluang belajar hingga ke darjah 7. Apabila mereka berjaya dari sekolah ini akan dilantik menjadi guru sekolah rendah(Guru Latihan Normal). Namun begitu ada juga murid sekolah ini yang dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Kelas Khas Melayu(Special Malay Class) dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada tahun 1957 murid-murid yang lulus peperiksaan darjah enam akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu. Pada hari ini semua murid yang tamat darjah 6 dengan sendirinya mereka layak ke sekolah menengah. SENARAI GURU BESAR SKBC
Semenjak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929 sehingga sekarang seramai 27 orang Guru Besar telah mentadbir sekolah ini. Mereka ialah; Bil | Nama | Tahun | 1. | ENCIK OTHMAN BIN MD AMIN | 1929 – 1934 | 2. | ENCIK MD JAI BIN ABDULLAH | 1934 – 1935 | 3. | ENCIK HASSAN BIN KELANG | 1935 – 1937 | 4. | TUAN HAJI MD SHAH BIN YUSOF | 1937 – 1940 | 5. | ENCIK MD DERUS BIN MD ARIF | 1940 – 1941 | 6. | ENCIK ABDUL WAHAB BIN MOHD | 1942 – 1943 | 7. | ENCIK TAMBI IBRAHIM BIN SULAIMAN | 1944 | 8. | ENCIK ZAINUDDIN BIN ABU | 1944 – 1946 | 9. | ENCIK AHMAD BIN HAJI ABDUL SAMAD | 1946 – 1954 | 10. | TUAN HAJI SAID BIN ABU BAKAR | 1954 – 1958 | 11. | TUAN HAJI DAUD BIN HAJI ALI | 1958 – 1963 | 12. | TUAN HAJI MOHD BIN HAJI LONG | 1963 – 1964 | 13. | ENCIK ISMAIL BIN HAJI MOHD SOM | 1965 – 1966 | 14. | TUAN HAJI DAUD BIN HAJI ALI | 1967 – 1970 | 15. | ENCIK ABDULLAH BIN MD SAID | 1970 | 16. | ENCIK HASHIM BIN ABDUL RAUF | 1971 – 1973 | 17. | ENCIK MOHD RAMLI BIN JOHAN | 1974 – 1979 | 18. | ENCIK RAMLI BIN JANGGI | 1980 – 1985 | 19. | ENCIK NAIM BIN MUHAMAD | 1985 – 1986 | 20. | TUIAN HAJI ABU SAMAH BIN HAJI MOHD ARAS | 1986 – 1987 | 21. | ENCIK AYUB BIN JAAMAT | 1988 | 22. | ENCIK MUHAMMED IBRAHIM BIN HAJI PITCHAY | 1988 – 1996 | 23. | ENCIK MOHD SOM BIN HAJI YAACOB | 1996 – 1999 | 24. | ENCIK ZAKARIA BIN MAHMOOD | 1999 – 2001 | 25. | ENCIK ALI BIN MOHD YUSOF | 2001 – 2003 | 26. | PUAN HAJJAH ROSNANI BINTI JANTAN | 2003 – 2008 | 27. | PUAN NORSIDA BINTI ABD. HAMID | 2008 |
|